Nuffnang

Friday, 20 June 2014

RESEPI PEMBERSIH KOLESTROL

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtb
Bahan-bahan
1 cawan jus lemon
1 cawan jus bawang putih
1 cawan jus halia
1 cawan cuka epal (Heinz)

Campurkan semua bahan-bahan 
dan renehkan dengan api kecil
atau sehingga campuran tadi
tinggal 3 cawan.

Sejukkan. 
Kemudian, campurkan 3 cawan madu asli.
Siap dan botolkan.

Cara minum
Minum 1 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan.
Rasanya... Masyallah... sangat sedap.

Thursday, 19 June 2014

LEGA: PEMBERSIH KOLESTROL

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtb
Hari ni saya nak perkenalkan satu produk
yang sedang hot dipasaran iaitu
minuman kesihatan pembersih kolestrol
dan juga pemberi tenaga atas 
jenama LEGA

LEGA dihasilkan dari bahan-bahan asli
iaitu bawang putih, halia, lemon, cuka epal 
(jenama Heinz sahaja) dan madu. 
Ia sangat kaya dengan vitamin C 
yang boleh mencegah selsema.

Sebab apa dinamakan sebagai
pembersih kolestrol?

Ini pengalaman dua office mate saya.
Yang pertama ni beliau memang telah 
disahkan doktor mengalami masalah 
jantung dan telah pun menjalani
pembedahan pada 2012. 

Doktor mengesahkan ada dua lagi saluran 
darah yang tersumbat dan perlu 
pembedahan lagi. Selepas keluar dari
hospital beliau telah mengambil LEGA
setelah diperkenalkan oleh office mate yang lain.

Walau bagaimanapun,
masa beliau ke IJN untuk 
menjalani pembedahan seperti 
yang ditetapkan, doktor
mengesahkan bahawa dua saluran
darah yang tersumbat itu telah pun pulih. 
Alhamdulillah...
 Salur darah yang tersumbat/sempit
Salur darah yang normal selepas mangambil LEGA
Yang kedua ni pula ialah bos saya sendiri.
Umurnya sebaya pula dengan ayah saya.
Sebelum mengambil LEGA...
beliau tercungap-cungap setiap kali 
naik tangga office di tingkat 4. 

Tapi... setelah mengambil LEGA...
beliau tidak lagi rasa penat naik tangga...
malah sangat bertenaga bermain futsal
dan badminton bersama rakan-rakan
office yang lebih muda. 

Yang produce minuman ni ialah
Kak Siti, office mate saya.
Saya hanya pengedar saja.
Harga yang saya tawarkan adalah 
yang termurah di pasaran.
Iaitu RM65 sahaja (tidak termasuk kos pos).

Sebab... dah berniat nak berniaga
ni nak bantu orang ramai mendapatkan
produk 100% asli yang 
dapat meningkatkan kesihatan
ke tahap optimum. Insyallah...

Next entry, Insyallah saya kongsikan
cara-cara nak buat LEGA. 

Kepada kawan-kawan di luar sana
yang nak minum sendiri ataupun hadiahkan  
kepada ibu bapa atau sesiapa sahaja 
boleh hubungi saya di hotline 
017-224 1056. Nak PM saya di facebook
pun boleh di Fizan Diyadira

Wednesday, 18 June 2014

WORDLESS WEDNESDAY # 1

Diyadira yang happy dapat baju dari Uda.
Ole-ole dari Pulau Pangkor.


BALIK JOHOR

Assalaamualaikum wtb

Kali ni cerita pasal balik Johor.
Lepas balik dari A' Famosa Resort...
masa cuti Wesak, Syam's Family
balik rumah mertua ibu
di Taman Sri Pulai, Skudai.

Kami memang jarang-jarang sekali 
balik Johor. Biasanya kami akan
berjumpa family Johor di kampung je... 
Kampung Titi Besi, Tapah Road.

Oleh kerana gambar-gambar yang 
diambil di dalam rumah saja...
jadi memang tak sesuai untuk tatapan umum.

Sekarang ni dah berazam untuk
tidak memaparkan lagi gambar-gambar
yang mendedahkan aurat... tidak kira 
la sesiapa pun. 

Orang yang tidak menutup
aurat memang sah la berdosa... 
ibu yang tolong sebar pun dapat sahamnya. 

Ni gambar mak dan 
ayah mertua masa raya last year.
  
 Ayah mertua, Pak Jamaludin
Mak mertua, Cik Norma

Memang tak plan nak balik. 
Sebab masih lagi kepenatan
balik dari Melaka. Tapi ayah 
Diyadira ni memang suka buat 
keputusan tiba-tiba.

Kami bertolak dari Padang Jawa
pada pukul 1 pagi.
Sampai Skudai lebih kurang 5 pagi.

Sampai je... mak dan ayah
sedang buat bubur som-som untuk dijual.

Biasanya mak akan tidur siang.
Sebab dah berjaga dari pukul 
2 pagi untuk masak bubur som-som
dan juga bubur nasi. 

Sebab kami ada dan adik-adik ipar
juga datang bersama tentera 
masing-masing, jadi riuh rendah
la rumah.

Kak cik bersama lima tenteranya.
Kak yang dan suami siap bawa nasi dan 
lauk-pauk juga bersama lima tentera.
Atam je baru dua tentera.

Ni belum lagi Ucu dan Kak yong balik. 
Diorang ni semua tinggal
dekat-dekat sini juga.

Esoknya... konon-kononnya
ibu nak tolong mak mertua...
sambil belajar cara memasak
bubur som-som. Mak mertua 
pukul 2 pagi dah start masak.

Tapi tu la... ibu kalau dah tidur
bunyi bom kuat mana pun tak terjaga.
Hehehe...
Mak mertua pula tak sampai hati 
nak kejut ibu. Tengok lena sangat.

Sudahnya belajar secara teori je la.
Next time ibu masukkan pula
resepi bubur som-som.
Insyallah.

Monday, 16 June 2014

A FAMOSA MELAKA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wtb

Ini juga cerita yang berlaku bulan lepas.
Syam's Family jalan-jalan ke 
A'Famosa Resort Melaka.

So, tak nak cerita panjang
layankan aje gambar ye...
Jalan-jalan di Bandar Tampin
Tempat menginap
Pandangan dari balkoni
Wild Wild West Show
Zirafah. Naik truck untuk tour Safari Park. 
Gambar dari truck. Mencabar sungguh nak ambil gambar.
Beruang tengah buat spot check
Harimau Malaya
Ini tak silapnya dari keluaga rusa. Ntah apa namanya.
Bird Show
Bird Show
Unta
 Kuda
Bangau
 Ha... yang ni tak tau namanya. Agaknya datang dari Aussie tak? 
 Bersama pony. Nak tunggang pony tapi hari dah nak hujan. 
Penyelia di situ bagitahu kalau guruh pony akan terkejut dan dia akan lari lintang-pukang. 
So, for safety kitorang bergambar je la.
Tak dapat bawa posing je la dengan kereta go-kart
Kakak tido ke ape dalam kereta go-kart ni?
Gambar-gambar ni semua 
diambil pada hari ke-2.
Gambar-gambar pada hari pertama 
telah pun 'terdelete'.
Ntah angkara siapa.

Lepas check-in hari pertama,
kami semua lepak di kolam renang.
Diyadira mandi di kolam khas untuk budak.
Ibu dan ayah dating di kolam dewasa.

Disebabkan kepenatan bermain air,
kami semua terlepas untuk
pergi Cowboy Town. 
So, tak dapat la tengok 
Cowboys dan Cowgirls dancing
dan Red Indian Show.

Ini pun dah cukup untuk Diyadira
rasa teruja dan gembira. 
Ada rezeki nanti kita datang lagi ye.

Friday, 13 June 2014

KAK TEH'S BIRTHDAY

Assalamualaikum wbt

Entry kali ni khas untuk
Kak Teh... adik ibu yang ke-4. 
Sebab dia anak yang ke-4, 
jadi Mak Teh kami minta ayah 
namakan dia Rabi'atul Adawiyah. 


Kak Teh, Iman dan suami


Happy birthday Kak Teh!
Thanks belanja Syam's Family
makan-makan di D' Kayangan
Seksyen 13 Shah Alam. 
   
                                                                Ni la dia antara ahli-ahli majlis yang tolong perabihkan makanan

Maaf la ye Kak Teh...
baru update entry walaupun 
your birthday last month...
  
Uda la juara di antara kami semua 
   
1st time makan kat sini...
memang terbaik!
Nak pula malam minggu
penuh table malam tu.
  
Kakak & Adik
  

Dira, Iman & Diya


Semoga Kak Teh sentiasa
dirahmati Allah dan 
dimurahkan rezeki. Insyallah...
  
 Pak Lang: adik ke-3 dan satu-satunya kumbang dalam family kami

Ibu tunggu Uda, Kak Cik dan
Pak Lang pula open table...
Hahaha...Siap korang!

Thursday, 12 June 2014

GREEN PROJECT

Assalamualaikum wtb

Ha! Ni la project Syam's Family sedang buat.
Untuk permulaan ni kami hanya semai benih cabai.
Cabai besar dan cabai burung je.

Diya tengah masukkan tanah dalam beg plastik

Dira pun nak tolong sama 

Disebabkan beg plastik tu kecil sangat
so... ibu semai dalam container
dan pasu yang lebih besar.

Anak pokok mula tumbuh selepas seminggu disemai

Tak lama kemudian ayah bawa balik
satu family kucing.

Zorra dan anaknya 3 ekor.
Ayah yang bagi nama Zorra.
Tapi ibu rasa macam zorro la pulak.
Jadi ibu panggil dia Zarra.
Baru la cun!

Sebab ibu minat sangat dengan Korea...
maka kittens ni pun ibu namakan
dengan nama Korea.
Hehehe
Kim Soo Hyun, Kim Tae Ho dan Kim Ji Ho.


Zorra & Kims masa mula-mula sampai

Belum sempat ibu sediakan
pasir berak untuk dia...
Zarra berak dalam pasu semaian.

Adoi...! Macam mana ni...
Disebabkan ibu terhegeh-hegeh 
nak cari bekas pasir...
sudahnya pasu tu jadi bekas berak Zarra.

Dan hanya ini sahaja yang tinggal.
Yang lain ibu let go sementara
ibu beli lagi tanah semaian.


Insyallah...
ibu akan update lagi perkembangan
pokok cabai ni.