Kali ni cerita pasal balik Johor.
Lepas balik dari A' Famosa Resort...
masa cuti Wesak, Syam's Family
balik rumah mertua ibu
di Taman Sri Pulai, Skudai.
Kami memang jarang-jarang sekali
balik Johor. Biasanya kami akan
berjumpa family Johor di kampung je...
Kampung Titi Besi, Tapah Road.
Oleh kerana gambar-gambar yang
diambil di dalam rumah saja...
jadi memang tak sesuai untuk tatapan umum.
Sekarang ni dah berazam untuk
tidak memaparkan lagi gambar-gambar
yang mendedahkan aurat... tidak kira
la sesiapa pun.
Orang yang tidak menutup
aurat memang sah la berdosa...
ibu yang tolong sebar pun dapat sahamnya.
Ni gambar mak dan
ayah mertua masa raya last year.
Ayah mertua, Pak Jamaludin
Mak mertua, Cik Norma
Memang tak plan nak balik.
Sebab masih lagi kepenatan
balik dari Melaka. Tapi ayah Diyadira ni memang suka buat
keputusan tiba-tiba.
Kami bertolak dari Padang Jawa
pada pukul 1 pagi.
Sampai Skudai lebih kurang 5 pagi.
Sampai je... mak dan ayah
sedang buat bubur som-som untuk dijual.
Biasanya mak akan tidur siang.
Sebab dah berjaga dari pukul
2 pagi untuk masak bubur som-som
dan juga bubur nasi.
Sebab kami ada dan adik-adik ipar
juga datang bersama tentera
masing-masing, jadi riuh rendah
la rumah.
Kak cik bersama lima tenteranya.
Kak yang dan suami siap bawa nasi dan
lauk-pauk juga bersama lima tentera.
Atam je baru dua tentera.
Ni belum lagi Ucu dan Kak yong balik.
Diorang ni semua tinggal
dekat-dekat sini juga.
Esoknya... konon-kononnya
ibu nak tolong mak mertua...
sambil belajar cara memasak
bubur som-som. Mak mertua
pukul 2 pagi dah start masak.
Tapi tu la... ibu kalau dah tidur
bunyi bom kuat mana pun tak terjaga.
Hehehe...
Mak mertua pula tak sampai hati
nak kejut ibu. Tengok lena sangat.
Sudahnya belajar secara teori je la.
Next time ibu masukkan pula
resepi bubur som-som.
Insyallah.
No comments:
Post a Comment