Nuffnang

Monday 15 July 2013

Tazkirah Ramadhan 1434H

Assalamualaikum...
 
Pejam celik pejam celik sekejap je bertemu semula bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan 1434H ini Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita. Tazkirah Ramadhan ini diambil dari facebook Kak Cik Abaya Elegan Lovers:

Hadis Riwayat Baihaqi daripada Jabir R.A berkata bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: Umatku diberikan 5 perkara yang tidak diberikan kepada Nabi-Nabi sebelumku:

Yang pertama: Apabila tiba malam pertama Ramadhan, Allah SWT melihat (dengan rahmatNya) kepada mereka dan barangsiapa dilihat (dengan pandangan Rahmat) maka tidak akan diazab buat selamanya.

Kedua: Sesungguhnya bau mulut mereka (orang yang berpuasa) ketika mereka di petang hari adalah terlebih wangi dari minyak kasturi.

Ketiga: Sesungguhnya para Malaikat memohon keampunan kepada mereka pada siang dan malam hari.

Keempat: Sesingguhnya Allah mengarahkah SyurgaNya seraya berfirman; bersedia dan berhiaslah buat hamba-hambaKu, mereka sudah hampir untuk berehat dari kepenatan dunia kepada Syurga dan kemuliaanKu ke atas mereka.

Kelima: Sesungguhnya apabila tiba malam akhir Ramadhan, Allah mengampuni semua dosa-dosa mereka.

SEMOGA KITA TERSENARAI DALAM KELIMA-LIMA PEMBERIAN TERSEBUT, INSYAALLAH. ALLAH MATLAMAT KAMI!!    

Wednesday 10 July 2013

Message from Papa Bear

I received this message from Papa Bear yesterday;


Kalau aku pergi dahulu, kuharap sedekahkan Al-Fatihah.Jangan ditangisi pemergianku. Aku insan yang lemah lagi banyak dosa. Kau isteriku yang paling kusayangi dan kucintai. Sementara nyawa dikandung badan aku akan pastikan kehidupan kita bermakna sayang. Mohon doaku dimakbulkan demi anak-anak dan kamu sayang. Kaulah cahayaku.

Honestly, it touched my heart. Thanks darling.


Monday 1 July 2013

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil di Office

Assalamualaikum...

Sempena untuk menyambut Ramadhan,
Sabtu lepas my office telah mengadakan majlis 
bacaan Yasin dan tahlil untuk semua bekas pekerja 
dan customer yang telah pulang ke rahmatullah. 

Antara staff lelaki yang datang.
Ada yang datang dari Head Office (PJXC),
KL Express Centre (KLXC) dan
Port Klang Express Centre (PKXC).


Kak Raihan & Siti dari KLXC. 
Kak Suhana & Kak Suhaila. 
(Gambar sebelum ni terpaksa dikeluarkan. 
Sebab ada di antara rakan yang belum menutup aurat, 
Alhamdulillah telah pun menutup aurat sepenuhnya).

Orang kuat yang menjayakan majlis
semestinya CEO, En. Ali.
Tapi tak ada pula gambar dia.
Kak Suhana dan Kak Siti pun 
orang kuat yang melancarkan majlis.


Tak lupa juga my bos, Ina.


Ustaz Nuqman yang lead bacaan Yasin dan tahlil.


Makanan nasi tomato dan buah epal.
Minuman air bandung special air tangan CEO sendiri. 
Bagi staff baru rasa pelik dan rasa bersalah kenapa 
pula En. Ali yang bancuh air. 
Tapi bagi kami yang dah lama kerja di sini, paham sangat. Tiap-tiap tahun memang En. Ali sendiri yang nak bancuh air.
Kami cuma sediakan bahannya sahaja.
  
  

Ucapan terima kasih kepada staff yang hadir
terutama staff KLXC dan PKXC yang datang
dari jauh. 

Majlis ini adalah majlis tahunan yang selalu mendapat
sambutan hambar. Inilah segelintir dari 400 pekerja
yang sudi datang!  



   

Sukan Pasti Az-Zahrah 1 & 2

Assalamualaikum...

Ahad minggu sudah kami sefamili 
bersama Uda (adik saya no. 5) 
pergi sukan sekolah Diya.


Sukan diadakan di Padang JKR, Seksyen 17.
Walaupun cuaca pada hari itu 
sangat berjerebu acara 
sukan tetap diteruskan.
  
Mula-mula Diya excited nak bersukan...
Dia masuk 3 acara untuk Rumah Biru.


Tapi ketiga-tiga acara tu dia tak nak main.
Walaupun dah berbaris...




Walaupun ayah & adik temankan dia...



Sudahnya adik je yang bersukan.
Adik masuk acara 4 tahun dan kebawah.
Kutip gula-gula.



Adik lari laju. Sememangnya dia suka berlari.
Bila dia dah ambil segenggam gula-gula 
dia bagi laluan untuk budak lain ambil pula.
Bagus adik, tak tamak sorang-sorang.

Inilah hasilnya setelah dikekahkan 
kepada Kakak, Uda dan Ibu...



Yang bagusnya sukan Pasti ni,
walaupun ini sukan untuk budak-budak
tapi semua game separate 
antara lelaki dan perempuan.
Tak bercampur.   

Lastly bila dah sampai rumah
ibu tanya Diya kenapa dia tak nak lari.
Dia cakap, "Yelah, Kakak malu".