Nuffnang

Monday 1 July 2013

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil di Office

Assalamualaikum...

Sempena untuk menyambut Ramadhan,
Sabtu lepas my office telah mengadakan majlis 
bacaan Yasin dan tahlil untuk semua bekas pekerja 
dan customer yang telah pulang ke rahmatullah. 

Antara staff lelaki yang datang.
Ada yang datang dari Head Office (PJXC),
KL Express Centre (KLXC) dan
Port Klang Express Centre (PKXC).


Kak Raihan & Siti dari KLXC. 
Kak Suhana & Kak Suhaila. 
(Gambar sebelum ni terpaksa dikeluarkan. 
Sebab ada di antara rakan yang belum menutup aurat, 
Alhamdulillah telah pun menutup aurat sepenuhnya).

Orang kuat yang menjayakan majlis
semestinya CEO, En. Ali.
Tapi tak ada pula gambar dia.
Kak Suhana dan Kak Siti pun 
orang kuat yang melancarkan majlis.


Tak lupa juga my bos, Ina.


Ustaz Nuqman yang lead bacaan Yasin dan tahlil.


Makanan nasi tomato dan buah epal.
Minuman air bandung special air tangan CEO sendiri. 
Bagi staff baru rasa pelik dan rasa bersalah kenapa 
pula En. Ali yang bancuh air. 
Tapi bagi kami yang dah lama kerja di sini, paham sangat. Tiap-tiap tahun memang En. Ali sendiri yang nak bancuh air.
Kami cuma sediakan bahannya sahaja.
  
  

Ucapan terima kasih kepada staff yang hadir
terutama staff KLXC dan PKXC yang datang
dari jauh. 

Majlis ini adalah majlis tahunan yang selalu mendapat
sambutan hambar. Inilah segelintir dari 400 pekerja
yang sudi datang!  



   

No comments:

Post a Comment