Nuffnang

Thursday 24 July 2014

JUMPA KAWAN LAMA

Assalaamualaikum wtb

Semalam shopping barang dapur 
di Mydin Mart Seksyen 18.
Tengah leka pilih-pilih barang
tiba-tiba datang seseorang
dengan senyum mesra
menuju ke arah Ibu.

Dia tanya "Ijan kan...?"
Ibu dengan senyum angguk
kepala sebab Ibu pun ingat 
dengan dia. "Kenal tapi tak
ingat siapa nama."

Sambil salam berpelukan dia 
cakap namanya Nik. 
Kami hanya sempat 
bertukar-tukar nombor telefon
sahaja sebab masa sudah suntuk
untuk berbuka puasa.

Masya-Allah... ini roommate
Ibu masa kami sama-sama
belajar Pra-Akaun di UITM Kuantan.
Masa ni kami baru berumur 18 tahun.
Bayangkan dah 15 tahun kami 
lost contact. 

Banyak gambar-gambar lama
Ibu di kampung. Insya-Allah
Ibu masukkan gambar Nik kemudian.

Syukur Alhamdulillah...
Ramadhan 1435H ikatan 
ukhwah antara kami 
tertaut kembali.

Monday 14 July 2014

KATA-KATA HIKMAH #2

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtb




KUIH LOPES

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtb
Kredit: Google
Minggu lepas Ibu masak kuih lopes. Mak Ibu biasa buat tanak dulu beras pulut sampai kering airnya. Kemudian balut pulut tu dengan daun pisang dan kukus sampai masak. Lebih kurang 15 minit.

Ibu pun buat la cara mak ibu. Tanak dulu dengan air daun pandan. Psst... bagi kita yang buat untuk makan sekeluarga tak perlu la letak pewarna dan perasa pandan. Lebih baik yang organik. Kemudian kukus. Tapi Ibu tak balut bagai dengan daun pisang. Terus tanak dalam loyang.


Ibu ingat kuih lopes tak payah letak santan. Bila tengok balik resepi kena letak santan. Alamak... macam mana ni. Pulut dah masak pun. Tiba-tiba teringat sagu gula melaka. Sagu kosong yang dimakan bersama santan dan air gula melaka. Ibu pun masak je santan bersama gula melaka sekali harung. Jadi kuih lopes Ibu ni ada juga la rasa lemak-lemak. Hahaha..tu la kan. Kalau dengan Ibu boleh saja. 

Bila Ibu belek-belek balik resepi yang melambak di blog... rupa-rupanya ada lagi cara yang lebih senang iaitu dengan tanak terus beras pulut dalam rice cooker. Dah masak bentuklah sesuka hati. Kemudian gaul dengan nyor yang sudah dibubuh sedikit garam. Tada... dah siap! Senang kan.  

Masak-masak ni jadi seronok kalau mudah caranya. Bila renyah-renyah ni mood nak masak pun hilang.
Ibu tak letakkan resepi di sini. Sebabnya Ibu masak ni pun main agak-agak je. Janji jadi dan sedap dimakan. Apapun Ayah Diyadira berulang makan kuih lopes yang Ibu buat ni.


Thursday 10 July 2014

HIBURAN BARU DI OFFICE

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtb

Ibu memang suka bunga hidup.
Water plant ni ada sejak 7 tahun lalu.
Dari Ibu mula-mula masuk Country Office.

Kaktus yang comel tu cenderahati
daripada Ayu, dari Cameron Highland.

Yang colourful dalam balang tu 
ikan laga. En Hamid punya, bos Ibu.
Ibu dan kawan-kawan office
namakan dia Kimchi. 
Sebab En Hamid sibuk kerja-kerja luar,
Ibu tolong jaga sekejap. 

Cuti raya ni Insyallah Ibu cuti seminggu.
Nasib baik En Hamid cuti sampai Rabu saja.
Tapi boleh ke Kimchi tahan 5 hari tak makan?

KIM SOO HYUN

Bismillah
Assalaamualaikum wtb

My Kim Soo Hyun just died this morning.
Huhuhu... of course I cried like a baby.
I love her so much.
She was the most adorable and
beautiful among of them.



Maybe it was my fault.
I just let them playing at balcony.
Yes... she fell from the balcony.

Ibu sempat tengok dia yang hanya
nyawa-nyawa ikan before
she breathed her last.
I'm sorry darling Soo Hyun.
You always in my heart.
Kim Soo Hyun's body

Friday 4 July 2014

7 GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH DI HARI KIAMAT

Assalaamualaikum wtb...

Masa dalam kelas ngaji Ustaz Nuqman
di office minggu lepas... 
Ustaz ada sentuh sedikit 
tentang tajuk di atas. 
Namun hadis ini Ibu cedok 
dari blog shafiqolbu.

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ada 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. (1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah, (3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, (5) Seorang lelaki yang diajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata 'Aku takut kepada Allah', (6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembunyikannya sehigga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah dikala sendiri hingga meleleh air matanya basah kerana menangis"
 (Sahih Bukhari, Hadis no 620)

Mudah-mudahan kita semua
tergolong dalam 7 golongan 
tersebut yang mendapat naungan 
Arasyi Allah di akhirat kelak
Insyallah...

Thursday 3 July 2014

BEDAK SEJUK

Assalaamualaikum wtb

Mungkin sebab cuaca yang sangat panas
tambah lagi pagi petang pergi sekolah
badan, leher dan dahi Diya naik ruam.

Ibu pun cepat-cepat tepek bedak sejuk.
Alhamdulillah... baru je dua malam
pakai bedak sejuk, ruam beransur hilang.



Ayah pun tepek bedak sejuk
Ha... tu la dia penangan
bedak sejuk buatan
Onyang Saedah... moyang Diyadira.
Mujarab sungguh.

Kepada sesiapa yang nak beli 
bedak sejuk original Onyang Saedah
boleh la hubungi hotline ibu
017-224 1056. Nak PM facebook
ibu pun boleh di
Nor Hafizan Mohd Nawawi

Tuesday 1 July 2014

DOA SELEPAS TARAWIH YANG MENUSUK KALBU

Assalaamualaikum wtb

Seperti tahun-tahun sudah Tarawih ibu hanya sendirian di rumah.
Berniat nak pergi Tarawih di surau kampung tapi DiyaDira pukul 9.30 dah masuk tidur. Lagi pula nak bawa motor malam-malam dengan budak dua ketui ni. Bahaya dah tentu la.

Ibu nak share doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu ni yang dipetik dari Facebook Geng Tudung Labuh.
Munajat Ramadhan

Ya Allah... Ya Rahman... Ya Rahim...
Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, dengan rasa rendah diri kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah. Semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu... Ya Alim...
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami Bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu. Ya Allah, takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, janganlah Kau menguji kami pada yang tidak mampu kami lalui. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu untuk kami Ya Allah.

Ya Allah Rabbul Jalil...
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik. Supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu ya Allah. Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit. Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat padaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa. Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua. Jesteru ya Allah, ampunilah semua dosa kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu ya Allah.

Ya Allah... Ya Rahman... Ya Rahim
Ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami. Setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami, Kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu. Ya Allah, ya Rahman. Pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami, Kau gantikanlah dengan keampunan yang membawanya ke syurgaMu. Ya Allah, sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan. Jesteru kurniakanlah kepada kedua ibu bapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu ya Allah.

Ya Allah...
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meniggalkan kami ke alam barzakh. Golongkanlah mereka dalam orang-orang Kau redhai. Apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMu, maka Kau ambillah kami dalam keadaaan yang baik-baik, dalam keampunan dan rahmatMu ya Allah.

Ya Allah... Ya Aziz...
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid... Ya Rahman... Ya Rahim...
Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka Kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka. Jika ada dikalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka. Jika ada dikalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka dan cukupkanlah keperluan mereka. Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka Kau sembuhkanlah mereka ya Allah, agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yang derhaka kepada ibu bapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka Kau ampunilah mereka. Jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar dan Mengasihi.


Ya Allah... Ya Malaikal Mulk
Ya Razak... Ya Fattahu...Ya Alim
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati. Dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu. Sebaliknya, janganlah Kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaanMu.

Ya Allah...
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami. Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan. Sesungguhnya kami ingin kembali  kepadaMu dengan jiwa yang tenang.

Ya Allah ya Zal jalali wal ikram...
Ya Allah, janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami. Temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang. Tapi, andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu. Ya Allah, jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.

Ya Allah...
Temukanlah kami dengan lailatul qadr. Pilihlan kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal dimalam al-qadr.

Ya Allah...
Terimalah amalan kami. Terimalah taubah kami. Ampunkanlah segala dosa kami. Amankanlah kehidupan kami di sana nanti yang kekal abadi. Kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya.

Amin ya rabbal alamin...