Nuffnang

Monday 27 October 2014

HIJRAH: WANITA, ISTERI DAN IBU PENCETUS PERUBAHAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtbh
 
Sekadar gambar hiasan...

Pertama sekali Ibu nak mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1436H. 

Kita meninggalkan kehidupan tahun sudah dengan rasa syukur dan mengharungi tahun ini dengan meletakkan azam untuk berubah menjadi insan yang lebih dekat dengan Allah S.W.T, berakhlak mulia, rendah hati, tenang dan bahagia.

Tajuk di atas merupakan perutusan ulang tahun Hijratul Rasul 1436H oleh Puan Zailah Mohd Yusoff iaitu Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia yang Ibu petik dari Harakahdaily.

Antara saranan beliau kepada semua wanita dalam memperbaiki kehidupan keluarga adalah:
  1. Amalan Islam-Perbaiki akhlak diri, perkemaskan solat, bacaan dan tadabur Quran bersama anak-anak dan keluarga.
  2. Keharmonian rumahtangga-Masak dan makan bersama keluarga dan peruntukkan masa kualiti bersama keluarga.
  3. Kebersihan dan kekemasan rumahtangga sebagai syurga buat suami dan keluarga.
  4. Pengurusan ekonomi rumahtangga yang berhemah dan bijaksana sesuai dengan ekonomi semasa.
  5. Penglibatan dalam masyarakat-mengambil peduli perkembangan isu dan situasi semasa dan berusaha membantu membuat perubahan yang terbaik.
Harapan Ibu semoga tahun ini menjadi tahun yang terbaik untuk kita semua walaupun kita terpaksa tempuhi dengan pelbagai dugaan dan cabaran kerana ujian-ujian itu juga merupakan rahmat yang mendekatkan lagi kita dengan Allah S.W.T.

Monday 20 October 2014

PEMBERSIH KOLESTROL LEGA MENDAPAT SAMBUTAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaiku wtb


Alhamdulillah
Syukur Ibu kerana Pembersih Kolestrol Lega mendapat sambutan yang menggalakkan. Customer Ibu pelbagai dari seluruh negara. Ada yang muda-mudi ambil untuk menambah tenaga dan mengelakkan keletihan. Ada yang ambil untuk merawat pelbagai penyakit seperti sakit jantung, strok, kencing manis, gaut dan sebagainya.

Bukan itu sahaja ye... Lega sangat kaya dengan vitamin C. Sangat sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa yang mengalami selsema. Cuma untuk kanak-kanak kurangkan kandungannya.

Lega yang mengandungi lemon dan cuka epal sangat berkesan untuk menghapuskan lemak-lemak berlebihan dalam badan. Jadi wanita dan lelaki di luar sana yang rasa banyak lemak-lemak di badan sangat digalakkan untuk mengambil Lega. 

Pesan Ibu... untuk merasa kesan yang positif, pengambilan Lega adalah secara berterusan terutama anda yang mempunyai masalah kesihatan.

Kepada anda yang ingin mencuba Lega ni sila-sila la hubungi hotline Ibu 017-224 1056. 
Nak PM facebook Ibu pun boleh SyamDiyadira