Nuffnang

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, 14 July 2014

KUIH LOPES

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtb
Kredit: Google
Minggu lepas Ibu masak kuih lopes. Mak Ibu biasa buat tanak dulu beras pulut sampai kering airnya. Kemudian balut pulut tu dengan daun pisang dan kukus sampai masak. Lebih kurang 15 minit.

Ibu pun buat la cara mak ibu. Tanak dulu dengan air daun pandan. Psst... bagi kita yang buat untuk makan sekeluarga tak perlu la letak pewarna dan perasa pandan. Lebih baik yang organik. Kemudian kukus. Tapi Ibu tak balut bagai dengan daun pisang. Terus tanak dalam loyang.


Ibu ingat kuih lopes tak payah letak santan. Bila tengok balik resepi kena letak santan. Alamak... macam mana ni. Pulut dah masak pun. Tiba-tiba teringat sagu gula melaka. Sagu kosong yang dimakan bersama santan dan air gula melaka. Ibu pun masak je santan bersama gula melaka sekali harung. Jadi kuih lopes Ibu ni ada juga la rasa lemak-lemak. Hahaha..tu la kan. Kalau dengan Ibu boleh saja. 

Bila Ibu belek-belek balik resepi yang melambak di blog... rupa-rupanya ada lagi cara yang lebih senang iaitu dengan tanak terus beras pulut dalam rice cooker. Dah masak bentuklah sesuka hati. Kemudian gaul dengan nyor yang sudah dibubuh sedikit garam. Tada... dah siap! Senang kan.  

Masak-masak ni jadi seronok kalau mudah caranya. Bila renyah-renyah ni mood nak masak pun hilang.
Ibu tak letakkan resepi di sini. Sebabnya Ibu masak ni pun main agak-agak je. Janji jadi dan sedap dimakan. Apapun Ayah Diyadira berulang makan kuih lopes yang Ibu buat ni.


Saturday, 28 June 2014

RESEPI BUBUR SOM-SOM


Assalaamualaikum wtb

Setiap kali tibanya bulan Ramadhan...
antara juadah istimewa yang mak buat 
adalah bubur som-som.

Cara ibu masak pun sama 
macam mak ibu masak...
Tak ada sukatan... 
Main agak-agak je.


Gambar ihsan Google
Bahan-bahan untuk bubur som-som:
Tepung beras separuh peket (1 peket 500g)
Santan dari separuh kelapa (4 cawan lebih kurang)
Sedikit garam

Cara masak:
Campurkan tepung beras bersama santan dan garam dalam kuali.
Kacau sehingga tepung sebati bersama santan sebelum
masak dengan api yang kecil.
Kacau berterusan sehingga pekat dan berkilat.

Makannya bersama air gula melaka yang dimasak
bersama gula dan daun pandan.
Lagi enak dimakan selepas disejukkan
dalam peti ais.

Friday, 20 June 2014

RESEPI PEMBERSIH KOLESTROL

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtb
Bahan-bahan
1 cawan jus lemon
1 cawan jus bawang putih
1 cawan jus halia
1 cawan cuka epal (Heinz)

Campurkan semua bahan-bahan 
dan renehkan dengan api kecil
atau sehingga campuran tadi
tinggal 3 cawan.

Sejukkan. 
Kemudian, campurkan 3 cawan madu asli.
Siap dan botolkan.

Cara minum
Minum 1 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan.
Rasanya... Masyallah... sangat sedap.