Assalaamualaikum wtb...
Masa dalam kelas ngaji Ustaz Nuqman
di office minggu lepas...
Ustaz ada sentuh sedikit
tentang tajuk di atas.
Namun hadis ini Ibu cedok
Hadis riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ada 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. (1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah, (3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, (5) Seorang lelaki yang diajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata 'Aku takut kepada Allah', (6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembunyikannya sehigga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah dikala sendiri hingga meleleh air matanya basah kerana menangis"(Sahih Bukhari, Hadis no 620)
Mudah-mudahan kita semua
tergolong dalam 7 golongan
tersebut yang mendapat naungan
Arasyi Allah di akhirat kelak
Insyallah...
No comments:
Post a Comment