Nuffnang

Monday 15 July 2013

Tazkirah Ramadhan 1434H

Assalamualaikum...
 
Pejam celik pejam celik sekejap je bertemu semula bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan 1434H ini Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita. Tazkirah Ramadhan ini diambil dari facebook Kak Cik Abaya Elegan Lovers:

Hadis Riwayat Baihaqi daripada Jabir R.A berkata bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: Umatku diberikan 5 perkara yang tidak diberikan kepada Nabi-Nabi sebelumku:

Yang pertama: Apabila tiba malam pertama Ramadhan, Allah SWT melihat (dengan rahmatNya) kepada mereka dan barangsiapa dilihat (dengan pandangan Rahmat) maka tidak akan diazab buat selamanya.

Kedua: Sesungguhnya bau mulut mereka (orang yang berpuasa) ketika mereka di petang hari adalah terlebih wangi dari minyak kasturi.

Ketiga: Sesungguhnya para Malaikat memohon keampunan kepada mereka pada siang dan malam hari.

Keempat: Sesingguhnya Allah mengarahkah SyurgaNya seraya berfirman; bersedia dan berhiaslah buat hamba-hambaKu, mereka sudah hampir untuk berehat dari kepenatan dunia kepada Syurga dan kemuliaanKu ke atas mereka.

Kelima: Sesungguhnya apabila tiba malam akhir Ramadhan, Allah mengampuni semua dosa-dosa mereka.

SEMOGA KITA TERSENARAI DALAM KELIMA-LIMA PEMBERIAN TERSEBUT, INSYAALLAH. ALLAH MATLAMAT KAMI!!    

No comments:

Post a Comment