Nuffnang

Showing posts with label sister. Show all posts
Showing posts with label sister. Show all posts

Friday, 22 August 2014

CERITA SEBELUM RAYA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtb

Atas sebab-sebab yang tak dapat nak elak kami suami isteri last minute buat keputusan raya pertama di kampung ibu, Felda Papulut. 
 Ikutkan tahun ni raya pertama di kampung Ayah, Kampung Titi Besi. Sebab dah 2 tahun berturut-turut raya di felda. 

Ni la sebabnya kenapa dinamakan Kampung Titi Besi.
Kami konon nk buat surprise terus terjah balik je. Ikut plan kami nak senyap-senyap follow Nanda balik Jumaat malam. Lina dan Pudin balik Jumaat pagi dengan motor masing-masing. Tapi tak sangka pula Lina buat suprise kat kami.
Pagi Jumaat tu macam biasa bersiap-siap nak ke office Pudin call minta datang hospital. Katanya Lina jatuh motor. Ah sudah!
Terus tak jadi masuk office bergegas ke hospital. Nasib baik la dekat Salam Hospital ja. Rupanya dia jatuh dekat roundabout seksyen 19 nak keluar ke Federal Highway.
Dah dapat emergency treatment, sementara tunggu result Pudin balik juga ke kampung dengan motor walaupun dah larang. Alhamdulillah... dia selamat juga sampai lewat petang tu. 

 Cantik kan Lina pakai tudung pink. Hihihi

 Mamat shock suara terketar-ketar.  
Dapat result doktor bagitahu tulang bahu patah. Bincang dengan doktor terus setuju buat surgery untuk masukkan skru esoknya dengan kos RM7k. Admit semalam. Esoknya sebelum surgery doktor bagitahu pula kos naik ke RM15k sebab doktor incharge dah balik raya kene ganti dengan doktor luar. So, kami pun cancle surgery sebab insurance cover tak cukup. 
Pukul 3 petang keluar hospital terus balik kampung. Diyadira dah balik dulu dengan Mak Tehnya. Jadi senang sikit nak bawa pesakit ni.
Bertolak petang hari di musim perayaan memang tak selamat dari jem. Nah 10 jam atas jalan! Biasa Shah Alam-Gerik cuma 4 jam saja. 
Thanks to my lovely hubby sebab memahami dan sabar kami sampai ke kampung dengan selamat.
Oh ya, kami balik bertiga bersama Zarra anak-beranak. Tak boleh tinggalkan sebab kami balik agak lama. Dan terus tinggalkan mereka bebas di kampung. Kesian terkurung je dalam apartment. Takut juga sebab Tae Ho dan Ji Ho dah makin lasak asyik nak main kat balkoni je. Takut jadi macam Soo Hyun. 



Friday, 13 June 2014

KAK TEH'S BIRTHDAY

Assalamualaikum wbt

Entry kali ni khas untuk
Kak Teh... adik ibu yang ke-4. 
Sebab dia anak yang ke-4, 
jadi Mak Teh kami minta ayah 
namakan dia Rabi'atul Adawiyah. 


Kak Teh, Iman dan suami


Happy birthday Kak Teh!
Thanks belanja Syam's Family
makan-makan di D' Kayangan
Seksyen 13 Shah Alam. 
   
                                                                Ni la dia antara ahli-ahli majlis yang tolong perabihkan makanan

Maaf la ye Kak Teh...
baru update entry walaupun 
your birthday last month...
  
Uda la juara di antara kami semua 
   
1st time makan kat sini...
memang terbaik!
Nak pula malam minggu
penuh table malam tu.
  
Kakak & Adik
  

Dira, Iman & Diya


Semoga Kak Teh sentiasa
dirahmati Allah dan 
dimurahkan rezeki. Insyallah...
  
 Pak Lang: adik ke-3 dan satu-satunya kumbang dalam family kami

Ibu tunggu Uda, Kak Cik dan
Pak Lang pula open table...
Hahaha...Siap korang!