Nuffnang

Thursday, 12 June 2014

GREEN PROJECT

Assalamualaikum wtb

Ha! Ni la project Syam's Family sedang buat.
Untuk permulaan ni kami hanya semai benih cabai.
Cabai besar dan cabai burung je.

Diya tengah masukkan tanah dalam beg plastik

Dira pun nak tolong sama 

Disebabkan beg plastik tu kecil sangat
so... ibu semai dalam container
dan pasu yang lebih besar.

Anak pokok mula tumbuh selepas seminggu disemai

Tak lama kemudian ayah bawa balik
satu family kucing.

Zorra dan anaknya 3 ekor.
Ayah yang bagi nama Zorra.
Tapi ibu rasa macam zorro la pulak.
Jadi ibu panggil dia Zarra.
Baru la cun!

Sebab ibu minat sangat dengan Korea...
maka kittens ni pun ibu namakan
dengan nama Korea.
Hehehe
Kim Soo Hyun, Kim Tae Ho dan Kim Ji Ho.


Zorra & Kims masa mula-mula sampai

Belum sempat ibu sediakan
pasir berak untuk dia...
Zarra berak dalam pasu semaian.

Adoi...! Macam mana ni...
Disebabkan ibu terhegeh-hegeh 
nak cari bekas pasir...
sudahnya pasu tu jadi bekas berak Zarra.

Dan hanya ini sahaja yang tinggal.
Yang lain ibu let go sementara
ibu beli lagi tanah semaian.


Insyallah...
ibu akan update lagi perkembangan
pokok cabai ni.


No comments:

Post a Comment