Nuffnang

Showing posts with label pokok cabai. Show all posts
Showing posts with label pokok cabai. Show all posts

Thursday, 28 August 2014

POKOK CABAI

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtb

Alhamdulillah... pokok-pokok cabai yang Ibu tanam dah pun berputik. Ibu tanam dua jenis; cabai burung dan cabai besar. Yang berputik tu dari jenis yang sama dan Ibu pun tak tahu jenis yang mana satu. Kita tunggu dan lihat saja la.




Pokok-pokok tu masih tak cukup tanah dan perlu dipindahkan ke bekas yang lebih besar. Kata Pudin nanti pokok tu tumbang tak cukup sokongan.





Thursday, 12 June 2014

GREEN PROJECT

Assalamualaikum wtb

Ha! Ni la project Syam's Family sedang buat.
Untuk permulaan ni kami hanya semai benih cabai.
Cabai besar dan cabai burung je.

Diya tengah masukkan tanah dalam beg plastik

Dira pun nak tolong sama 

Disebabkan beg plastik tu kecil sangat
so... ibu semai dalam container
dan pasu yang lebih besar.

Anak pokok mula tumbuh selepas seminggu disemai

Tak lama kemudian ayah bawa balik
satu family kucing.

Zorra dan anaknya 3 ekor.
Ayah yang bagi nama Zorra.
Tapi ibu rasa macam zorro la pulak.
Jadi ibu panggil dia Zarra.
Baru la cun!

Sebab ibu minat sangat dengan Korea...
maka kittens ni pun ibu namakan
dengan nama Korea.
Hehehe
Kim Soo Hyun, Kim Tae Ho dan Kim Ji Ho.


Zorra & Kims masa mula-mula sampai

Belum sempat ibu sediakan
pasir berak untuk dia...
Zarra berak dalam pasu semaian.

Adoi...! Macam mana ni...
Disebabkan ibu terhegeh-hegeh 
nak cari bekas pasir...
sudahnya pasu tu jadi bekas berak Zarra.

Dan hanya ini sahaja yang tinggal.
Yang lain ibu let go sementara
ibu beli lagi tanah semaian.


Insyallah...
ibu akan update lagi perkembangan
pokok cabai ni.