Nuffnang

Friday, 13 June 2014

KAK TEH'S BIRTHDAY

Assalamualaikum wbt

Entry kali ni khas untuk
Kak Teh... adik ibu yang ke-4. 
Sebab dia anak yang ke-4, 
jadi Mak Teh kami minta ayah 
namakan dia Rabi'atul Adawiyah. 


Kak Teh, Iman dan suami


Happy birthday Kak Teh!
Thanks belanja Syam's Family
makan-makan di D' Kayangan
Seksyen 13 Shah Alam. 
   
                                                                Ni la dia antara ahli-ahli majlis yang tolong perabihkan makanan

Maaf la ye Kak Teh...
baru update entry walaupun 
your birthday last month...
  
Uda la juara di antara kami semua 
   
1st time makan kat sini...
memang terbaik!
Nak pula malam minggu
penuh table malam tu.
  
Kakak & Adik
  

Dira, Iman & Diya


Semoga Kak Teh sentiasa
dirahmati Allah dan 
dimurahkan rezeki. Insyallah...
  
 Pak Lang: adik ke-3 dan satu-satunya kumbang dalam family kami

Ibu tunggu Uda, Kak Cik dan
Pak Lang pula open table...
Hahaha...Siap korang!

Thursday, 12 June 2014

GREEN PROJECT

Assalamualaikum wtb

Ha! Ni la project Syam's Family sedang buat.
Untuk permulaan ni kami hanya semai benih cabai.
Cabai besar dan cabai burung je.

Diya tengah masukkan tanah dalam beg plastik

Dira pun nak tolong sama 

Disebabkan beg plastik tu kecil sangat
so... ibu semai dalam container
dan pasu yang lebih besar.

Anak pokok mula tumbuh selepas seminggu disemai

Tak lama kemudian ayah bawa balik
satu family kucing.

Zorra dan anaknya 3 ekor.
Ayah yang bagi nama Zorra.
Tapi ibu rasa macam zorro la pulak.
Jadi ibu panggil dia Zarra.
Baru la cun!

Sebab ibu minat sangat dengan Korea...
maka kittens ni pun ibu namakan
dengan nama Korea.
Hehehe
Kim Soo Hyun, Kim Tae Ho dan Kim Ji Ho.


Zorra & Kims masa mula-mula sampai

Belum sempat ibu sediakan
pasir berak untuk dia...
Zarra berak dalam pasu semaian.

Adoi...! Macam mana ni...
Disebabkan ibu terhegeh-hegeh 
nak cari bekas pasir...
sudahnya pasu tu jadi bekas berak Zarra.

Dan hanya ini sahaja yang tinggal.
Yang lain ibu let go sementara
ibu beli lagi tanah semaian.


Insyallah...
ibu akan update lagi perkembangan
pokok cabai ni.


Wednesday, 11 June 2014

NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM DARIPADA IBU UNTUK DIYADIRA

Sumber: Google

Assalamualaikum w.b.t

Ini antara entry yang lama terperam di draf.

Dalam pada umat Hindu menyambut perayaan Thaipusam
kami satu family pergi usrah bersama
Ustaz Zaki (Pengasas Kelab Bani Az-Zahrah).

Usrah yang pertama kali diadakan

membicarakan tentang 
Pesanan Luqman Al-Hakim kepada anaknya.

Berikut adalah 10 pesanannya:


Pesanan 1

"Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama Taqwa, isinya Iman dan layarnya adalah Tawakal kepada ALLAH."

Pesanan 2
"Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga."

Pesanan 3 
"Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawaduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH." 

Pesanan 4
"Hai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman."

Pesanan 5
 "Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam."

Pesanan 6 
"Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH."

Pesanan 7
 "Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti."

Pesanan 8 
"Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat."

Pesanan 9 
"Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan."

Pesanan 10 
"Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberkan akibat yang berbahaya."

Mudah-mudahan ia menjadi ilmu yang bermanfaat.

Yang baik itu datangnya dari Allah SWT.

Dan yang buruk itu datangnya 
dari diri ini semata-mata.

Semoga kebenaran yang kita cari itu

adalah kebenaran yang hakiki.



HANBOK

Assalamualaikum wbt

Papa Bear merajuk
sebab ibu beli hanbok
(baju traditional Korea) untuk ibu je. 

Hehe sian Papa Bear...
dia pun nak jugak hanbok. 

Ok la... 
next time ibu beli hanbok Papa Bear pulak ye.


Sebab ibu suka sangat dengan Korea...
jadi ibu nak feeling-feeling Korea raya ni.
Hehehe

Inilah hanbok custom made
special order from Korea.




Sekian, itu saje cerita ibu kali ni.
















Saturday, 1 February 2014

MY EX-BOSS

Assalamualaikum w.b.t

Entry ni dah lama terperap di draft. Baru ni baru terasa nak habiskan dan post.

14/08/2013 - Tarikh En. Mohamad B Saad, my ex-boss passed away.

To me, he was my boss, teacher, mentor and father.

Kenangan bersama arwah:
  • 1st time kene marah dengan arwah masa buat minute meeting. Punya la tinggi suara arwah masa tu sampai  satu Account Departments boleh dengar!
  • 1st year masuk kerja company tak provide bonus/duit raya. Tapi arwah personally bagi duit raya untuk saya. Rasa macam dapat duit raya dari ayah pula. Hehe...ada colleague yang jeles tau.
  • Masa di Internal Audit lagi la selalu kene marah sebab salah buat report. Tapi tak la seteruk kene marah masa buat minute meeting tu.
  • Di akhir-akhir service arwah dengan company, kesihatan arwah terutama mata sangat teruk. Sampai tak nampak tulisan langsung walaupun arwah pakai glasses. Then, saya tolong arwah bacakan report-report dan kerja-kerja audit yang lain. As a reward, arwah bagi saya RM200 daripada salarynya. Memang sangat terkejut. Berkali-kali tolak tapi arwah tetap juga bagi.
Tak ada pula gambar arwah. Cuma payung arwah yang ada tertinggal di office. Staff lain tak berani nak guna cuma saya guna sekali-sekala masa emergency.

15/08/2013 - My office telah mengadakan majlis tahlil untuk arwah. Lead by En. Ali, our CEO.


ha...ni la dia CEO yang mengetuai majlis tahlil





Monday, 15 July 2013

Tazkirah Ramadhan 1434H

Assalamualaikum...
 
Pejam celik pejam celik sekejap je bertemu semula bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan 1434H ini Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita. Tazkirah Ramadhan ini diambil dari facebook Kak Cik Abaya Elegan Lovers:

Hadis Riwayat Baihaqi daripada Jabir R.A berkata bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: Umatku diberikan 5 perkara yang tidak diberikan kepada Nabi-Nabi sebelumku:

Yang pertama: Apabila tiba malam pertama Ramadhan, Allah SWT melihat (dengan rahmatNya) kepada mereka dan barangsiapa dilihat (dengan pandangan Rahmat) maka tidak akan diazab buat selamanya.

Kedua: Sesungguhnya bau mulut mereka (orang yang berpuasa) ketika mereka di petang hari adalah terlebih wangi dari minyak kasturi.

Ketiga: Sesungguhnya para Malaikat memohon keampunan kepada mereka pada siang dan malam hari.

Keempat: Sesingguhnya Allah mengarahkah SyurgaNya seraya berfirman; bersedia dan berhiaslah buat hamba-hambaKu, mereka sudah hampir untuk berehat dari kepenatan dunia kepada Syurga dan kemuliaanKu ke atas mereka.

Kelima: Sesungguhnya apabila tiba malam akhir Ramadhan, Allah mengampuni semua dosa-dosa mereka.

SEMOGA KITA TERSENARAI DALAM KELIMA-LIMA PEMBERIAN TERSEBUT, INSYAALLAH. ALLAH MATLAMAT KAMI!!    

Wednesday, 10 July 2013

Message from Papa Bear

I received this message from Papa Bear yesterday;


Kalau aku pergi dahulu, kuharap sedekahkan Al-Fatihah.Jangan ditangisi pemergianku. Aku insan yang lemah lagi banyak dosa. Kau isteriku yang paling kusayangi dan kucintai. Sementara nyawa dikandung badan aku akan pastikan kehidupan kita bermakna sayang. Mohon doaku dimakbulkan demi anak-anak dan kamu sayang. Kaulah cahayaku.

Honestly, it touched my heart. Thanks darling.