Nuffnang

Thursday, 25 September 2014

TRAIN RIDE TO KL

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtbh



Ahad lepas Sham's Family jalan-jalan ke KL naik train. Nasib baik la rumah dekat dengan Komuter station. Ini kali ke-2 Diyadira naik train. Last time naik train hanya ke KL Sentral saja. Makan-makan di KL Sentral then balik.

Kami pergi selepas lunch. Pukul 2 petang naik train. Kali ni kami jalan-jalan ke Central Market dan Petaling Street. Jalan-jalan, makan-makan, cuci-cuci mata dan shopping. Ayah belikan Ibu pasmina di Cenral Market. Juga untuk Cik Uda sebagai hadiah anniversary. Di Petaling Street Ayah belikan Diyadira mainan dan bantal peluk.

Ayah datang Central Market nak tengok buskers performance.
Sayangnya tak ada pula. Cuma dapat tengok pelukis melukis je.

Dah lama tak jalan-jalan ke sini... dah banyak perubahan yang berlaku. Kami ambil tiket dari Padang Jawa ke KL Sentral. Next time datang ambil tiket terus ke Kuala Lumpur Station. Tak jauh pun jalan kaki ke Central Market. Lagipun Ibu baru tahu dah ada jejantas dari Kuala Lumpur Station ke LRT Pasar Seni Station.

On the way balik singgah pula di AEON Big Subang. Formally known Carrefour. Sini kami cuma beli bun dan air. Tak ada yang menarik sebab tengah renovation.

Sampai Padang Jawa terus pergi rumah Cik Uda. Bagi surprise visit dan gift untuk dia. Sebelum balik rumah makan dulu di Gong Tomyam. Pukul 10 malam baru dapat makan sebab ramai pula customer lepak tengok bola.

Diyadira mandi dulu sebelum masuk tidur. Sempat lagi main pistol air yang baru beli tu. Letak kepala di bantal terus lena. Ha... penat sangat berjalan.
 


Saturday, 20 September 2014

IBU YANG PERASAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wtbh

Ibu yang perasan cantik macam puteri Korea... hehehe


Saturday, 13 September 2014

ADIK SELFIE

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtb

  
   
  
Gambar-gambar di atas adalah gambar Adik selfie.

Pagi tu Ayah hantar Kakak ke school sebab Ibu lambat siap. Sementara Adik tunggu Ibu siap Adik main handphone Ibu kat luar bilik. 

Ibu baru perasan ada gambar ni masa Ibu dalam train.
Balik dari office Ibu tanya Adik macam mana Adik selfie sebab Ibu pun tak pandai selfie macam Adik. Siap boleh buat 'cak' lagi.

'Adik tangkap gambar lepas tu Adik baling handphone kat tilam'. Owh gitu ye Adik. Creative creative. Ibu pun tak terfikir nak selfie macam Adik. 



Friday, 29 August 2014

MAKAN FREE

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtb

Alhamdulillah... hari ni sekali lagi Kak Siti belanja makan. Tapi kali ni Kak Siti belanja kek Secret Resepi.
Dan semalam pula En. Hamid belanja kami makan KFC setelah digoda oleh Ayu dan Fatihah...hehe
Terima kasih Kak Siti dan En. Hamid.



SAMBUTAN RAYA DI MASJID AS-SOLIHIN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtb

27 Syawal, kami satu family dapat jemputan ke sambutan raya di Masjid As-Solihin, Padang Jawa. Ayah Diyadira outstation. Jadi hanya kami tiga beranak je pergi. 

Masa kami sampai lepas Isyak orang sudah ramai. Jadi jalan raya tak sesak sangat. Ibu takut sebab motor Ibu tu lampu depannya rosak. Masa kami sampai majlis baru bermula dgn ucapan dari Pengerusi Masjid (rasa-rasanya la sebab tak pay attention) dan bacaan doa.

Ibu terus ke booth Pasti Az-Zahrah cari Kak Uda, pengasuh Diyadira. Jadi kami join Kak Uda bersama cikgu-cikgu Pasti. 

Kak Nora, Kak Uda, Kak Siti dan anaknya

Cikgu Ani dan Cikgu Rose



Macam-macam juadah ada. Satu booth satu hidangan. Nasi hujan panas dan ayam merah, ayam percik, roti canai, bubur lambuk dan bubur pulut hitam, cendol, ais cream, buah-buahan dan berjenis-jenis minuman sejuk dan panas. Mungkin ada lagi juadah lain sebab Ibu tak pergi setiap booth. 

Sedang enak menjamu selera kami dikejutkan pula dengan bunyi mercun dan bunga api.


Sejak 8 tahun tinggal di Padang Jawa inilah kali pertama Ibu dapat jemputan ke majlis raya. 



REPAIR TAYAR BASIKAL

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtb

Tayar basikal tercabut. Kakak minta Ibu tolong betulkan balik. Ibu cakap tunggu sekejap. 

Sedar-sedar je dia ambil tool box nak repair sendiri. 

Give up bila tak boleh nak pasang balik.
Adik pula nak cuba buat. Siap baringkan basikal lagi. 




Tak boleh juga. Akhirnya Ibu juga yang kene buat. 

Apa-apa pun tahniah ye anak-anak Ibu. Berusaha buat sendiri dan saling tolong-menolong walaupun tak berjaya.  


Thursday, 28 August 2014

RAYA RUMAH KAK UDA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtb

26 Syawal kami satu family pergi raya rumah Kak Uda, pengasuh Diyadira. 

Terima kasih Kak Uda jemput kami. 

Antara juadah yang Kak Uda masak adalah ketupat segera bersama kuah kacang dan kuah lodeh, bihun goreng dan sambal bilis. 

Selain family kami, jiran-jiran dan juga cikgu-cikgu Pasti antara jemputan Kak Uda. 
 
Bersama Kak Uda