Nuffnang

Thursday 21 August 2014

SUKA DUKA RAMADHAN 1435H

Assalaamualaikum wtb

Kematian anak kucing, Kim Soo Hyun sudah cukup menyedihkan saya.
Namun bagi mereka yang lain, kehilangan ahli keluarga lagi menyedihkan.
Belum lagi misteri kehilangan MH370 pada 8 Mac 2014 terungkai, kita semua dikejutkan dengan berita MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 di Ukraine dan telah mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal. 
Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa Muslim.
Sumber: Google
Dunia Islam hari ini pula tidak pernah sunyi dengan penindasan dari musuh-musuh Islam dan krisis kemanusiaan. 
10 Ramadhan lalu Israel telah mengebom Gaza. 
Kita tak mampu buat apa-apa. 
Cuma senjata kita hanyalah doa. 
Juga bantuan kewangan untuk meringankan beban mereka. 
Sumber: Google
Begitu juga dengan umat Islam yang lain seperti di Syria, Mesir, Iraq, Afghanistan, Sudan, Myanmar, Sri Lanka, Pakistan, negara-negara Afrika, China dan Thailand. 
Tidak pernah aman. 

Apa yang menggembirakan kita di bulan Ramadhan ni ada beberapa selebriti yang mula berhijab seperti Neelofa, Fara Fauzana, Ana Dahlia dan mungkin ramai lagi selebriti dan wanita biasa di luar sana yang mengambil keputusan untuk berhijab. Alhamdulillah. Tahniah. 
Semoga mereka istiqamah.


Satu lagi berita gembira seorang selebriti berketurunan cina iaitu Felixia Yeap telah melafazkan syahadah pada hari lahirnya yang kebetulan jatuh pada 5 Ramadhan, setelah berbulan-bulan beliau belajar Islam. 
Taniah Raisyya Rania Yeap!


No comments:

Post a Comment