Nuffnang

Wednesday 27 August 2014

RAYA AIDILFITRI 1435H

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtb

Berakhir sudah bulan Syawal. Tapi Ibu nak juga update pasal raya.

Apa yang seronoknya raya ni adalah dapat berkumpul satu family dan sanak-saudara. Dapat bersua muka walau sekejap. Berkumpul di pagi raya dan bermaaf-maafan.

Bagi Diyadira pula seronok dapat bermain bersama makcik-makcik dan sepupu-sepupunyanya dan juga kumpul duit raya.
Semua ahli keluarga Tok Ayah dan Opah Jawa
 
Bersama favorite cousin, Along 
Tahun ni Ibu berkesempatan tolong masak juadah raya. Tahun lepas balik malam raya. Jadi juadah raya dah siap tersedia. Kami adik-beradik mesti berkumpul beramai-ramai di dapur menyiapkan juadah seperti ketupat palas, daging rendang hitam, rendang pedas ayam, bihun dan juga sup tulang. Tahun ni tambah satu lagi menu di pagi raya iaitu nasi beriani dan ayam merah.

Bila ahli keluarga yang ke masjid solat sunat raya pulang, makan-makan dan ziarah jiran terdekat, kami satu family ke rumah Opah Selamah, opah Ibu sebelah mak di Kg. Malau. Yang ada di rumah opah hanya family Pakcik Amir dan Paksu. Menu wajib di rumah opah adalah laksa.
 
Bersama Opah, Opah Long, Paksu dan Maksu


Makan rambutan di petang raya
Petang raya kedua balik ke Kg. Titi Besi, rumah Opah Saedah, opah Ayah Diyadira. Keluarga Ayah Chor, Ayah Nda dan Ncik masih ada di kampung. Masa kami sampai malam tu emak dan ayah mertua bersama cucu-cucunya masih dalam perjalanan balik ke kampung dari Skudai.

Raya ketiga, Ibu sempat tengok Ayah Tatam yang tinggal bersama opah buat lemang special request by Soin, sepupu Ayah. Insyallah Ibu post cara-cara masak lemang.
 
Tunggu lemang masak


Lemang, ketupat nasi, rendang tok, kacang tonggak adalah antara juadah wajib pagi raya di rumah Opah Saedah.

Bagi Diyadira, mandi sungai di sebelah rumah onyang mereka adalah aktiviti paling disukai setiap kali balik kampung.
 
Adik-adik sepupu main sungai 



No comments:

Post a Comment