Nuffnang

Friday 21 June 2013

La tahzan

Sumber: Google

La tahzan ialah jangan bersedih.
La..kenapa pula tiba-tiba entry pasal jangan bersedih.
Bukan saya tengah bersedih.
Sebenarnya sudah lama buku Jangan Bersedih,
Zikir Munajat & Tazkirah Dr. Badrul Amin Bahrom
ada atas meja office ni. Pinjam dengan bos.
Baru tadi tergerak hati nak baca.

Ha...kepada sesiapa yang tengah bersedih tu
Nabi SAW mengajarkan kita satu doa.
So, what is the dua?


اَللَّهُمَّ اِنِّي اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَن
وَاَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَلْكَسَل
وَاَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْل
وَاَعوْذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَال
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat sedih dan dukacita. Aku berlindung kepada-Mu ya Allah, dari sifat lemah dan malas. Dan aku berlindung kepada-Mu ya Allah dari sifat penakut dan juga bakhil. Dan aku berlindung kepada-Mu ya Allah daripada beban hutang dan penindasan orang
  
Ya...walaupun doa ini diajarkan untuk menghilangkan kesedihan
tetapi doa ini sekaligus merawat 
lapan penyakit jiwa manusia.

Saya ceritakan sedikit apakah lapan penyakit itu.

1. al-ham, humum iaitu keresahan, gelisah.
    Resah kepada sesuatu yang belum berlaku.
    Resah gelisah menanti, menunggu sesuatu.

2. al-hazan ialah dukacita, sedih.
    Dukacita terhadap sesuatu yang telah berlaku.
    Kematian, kemalangan, gagal exam dan sebagainya.
    
3. al-'ajz ialah lemah.
    Tidak ada upaya untuk berbuat sesuatu.
    Mungkin sebab sakit dan tenaga yang kurang.

4. al-kasl ialah malas.
    Sifat lemah dan malas membelenggu manusia
    sehingga menjadikan manusia tidak produktif,
    tidak boleh diharap, yang tidak boleh diberikan
    tugas dan tanggungjawab.
    Ini sifat buruk yang perlu dijauhi.

5. al-jubn iaitu sifat takut.
    Takut dalam menyatakan kebenaran.
    Takut dalam menyatakan yang hak.
    Takut melakukan sesuatu yang benar.

6. wal-bukhl ialah sifat kedekut.
    Manusia menjadi begitu terikat dengan hartanya.
    Enggan bersedekah, enggan memberi.

7. ghalabatid-dain ialah beban hutang.
    Hutang yang banyak, yang melingkari tubuh.
    Tidak boleh bergerak akibat lilitan hutang yang banyak.
    Mungkin hutang yang perlu seperti
    makan minum, rumah dan sebagainya.
    Tetapi ada juga hutang yang tidak perlu.
    Semata-mata mengikuti corak kehidupan mewah.
    Lihat orang senang, dia nak senang.
    Lihat orang mewah, dia nak mewah.
    Lihat orang ada sesuatu, dia pun nak ada sesuatu.
    Ini penyakit yang akan menjadikan manusia
    hamba nafsu, hamba perasaan yang membawa
    kepada kedukaan, kegelisahan, kesedihan dan sebagainya.

Akhir kata...hehe panjang pula karangan hari ni
selalulah amalkan sepotong doa yang Nabi SAW
ajarkan ini setiap pagi dan petang.
Mudah-mudahan dapat kita menghindarkan
diri daripada lapan penyakit jiwa ini...
dan LA TAHZAN.






 

No comments:

Post a Comment