Nuffnang

Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Wednesday, 26 November 2014

KIM SOO HYUN WALLPAPER

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wtb

Hari ni di office Ibu tukarkan wallpaper laptop ni kepada gambar Kim Soo Hyun. 

Masa Ibu tinggalkan meja kejap untuk solat, tiba-tiba ada sekeping note atas laptop Ibu. Dari tulisan tu Ibu dah tahu siapa yang tulis.


Ha! Tahu siapa yang tulis?
En. Ali, CEO Ibu yang tulis.

Ni la dia En. Ali, CEO. Gambar ni masa beliau belanja kami pizza Sarpino's
Meja tempat Ibu ni di laluan ke tandas. Jadi sesiapa yang lalu di belakang Ibu ni memang boleh nampak apa yang ada di meja ni.

Meja ni juga jadi tumpuan untuk pinjam alat tulis. Stepler, pen, gunting, puncher, kamus even sudu pun. Kalau Ibu tak ada di tempat dia orang ambil je. 

Friday, 29 August 2014

MAKAN FREE

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtb

Alhamdulillah... hari ni sekali lagi Kak Siti belanja makan. Tapi kali ni Kak Siti belanja kek Secret Resepi.
Dan semalam pula En. Hamid belanja kami makan KFC setelah digoda oleh Ayu dan Fatihah...hehe
Terima kasih Kak Siti dan En. Hamid.



Thursday, 28 August 2014

POT LUCK RAYA OFFICE

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtb

19 Syawal kami di CO Department buat pot luck raya. Masing-masing bawa juadah sendiri. Ibu macam last year cuma bawa sambal bilis je. Macam-macam juadah ada dari nasi, lemang, ketupat segera, rendang sehingga la ke dessert. 




Disebabkan kami buat hari Jumaat wajib pakai uniform jadi tak boleh la melaram baju raya. Ibu seperti biasa cuma pakai jubah hitam dan tudung merah.

Bersama Kak Faizah, secretary CEO

Friday, 22 August 2014

MURTABAK USJ 9

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wtb

Alhamdulillah kenyang hari ni makan murtabak. Kak Siti selalu belanja kami adik-adik di office ni murtabak singapore special dari USJ 9. Thanks Kak Siti.
 
Ni gambar last minute sebelum kehabisan.

Thursday, 10 July 2014

HIBURAN BARU DI OFFICE

Bismillahirrahmanirrahim
Assalaamualaikum wtb

Ibu memang suka bunga hidup.
Water plant ni ada sejak 7 tahun lalu.
Dari Ibu mula-mula masuk Country Office.

Kaktus yang comel tu cenderahati
daripada Ayu, dari Cameron Highland.

Yang colourful dalam balang tu 
ikan laga. En Hamid punya, bos Ibu.
Ibu dan kawan-kawan office
namakan dia Kimchi. 
Sebab En Hamid sibuk kerja-kerja luar,
Ibu tolong jaga sekejap. 

Cuti raya ni Insyallah Ibu cuti seminggu.
Nasib baik En Hamid cuti sampai Rabu saja.
Tapi boleh ke Kimchi tahan 5 hari tak makan?

Saturday, 28 June 2014

RESTAURANT ASIAN CIBO KELANA JAYA

Assalaamualaikum wtb

Thanks to Mr Chong... mesra dipanggil EG
treated us lunch yesterday at Restaurant Asian Cibo
Chinese Food Kelana Jaya.

The food here so delicious...
and soooo expensive...
For 10 person the bill
was about RM500+!!
EG from Tan Eng Hong Paper & Stationery Sdn Bhd
Kak Siti & EG
Ayu, Kak Sue & Ashley
Kak Sarimah & Rosni
Fatihah, Ina & me
Ha... these our happy faces yang over kenyang!

Saturday, 1 February 2014

MY EX-BOSS

Assalamualaikum w.b.t

Entry ni dah lama terperap di draft. Baru ni baru terasa nak habiskan dan post.

14/08/2013 - Tarikh En. Mohamad B Saad, my ex-boss passed away.

To me, he was my boss, teacher, mentor and father.

Kenangan bersama arwah:
  • 1st time kene marah dengan arwah masa buat minute meeting. Punya la tinggi suara arwah masa tu sampai  satu Account Departments boleh dengar!
  • 1st year masuk kerja company tak provide bonus/duit raya. Tapi arwah personally bagi duit raya untuk saya. Rasa macam dapat duit raya dari ayah pula. Hehe...ada colleague yang jeles tau.
  • Masa di Internal Audit lagi la selalu kene marah sebab salah buat report. Tapi tak la seteruk kene marah masa buat minute meeting tu.
  • Di akhir-akhir service arwah dengan company, kesihatan arwah terutama mata sangat teruk. Sampai tak nampak tulisan langsung walaupun arwah pakai glasses. Then, saya tolong arwah bacakan report-report dan kerja-kerja audit yang lain. As a reward, arwah bagi saya RM200 daripada salarynya. Memang sangat terkejut. Berkali-kali tolak tapi arwah tetap juga bagi.
Tak ada pula gambar arwah. Cuma payung arwah yang ada tertinggal di office. Staff lain tak berani nak guna cuma saya guna sekali-sekala masa emergency.

15/08/2013 - My office telah mengadakan majlis tahlil untuk arwah. Lead by En. Ali, our CEO.


ha...ni la dia CEO yang mengetuai majlis tahlil





Monday, 1 July 2013

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil di Office

Assalamualaikum...

Sempena untuk menyambut Ramadhan,
Sabtu lepas my office telah mengadakan majlis 
bacaan Yasin dan tahlil untuk semua bekas pekerja 
dan customer yang telah pulang ke rahmatullah. 

Antara staff lelaki yang datang.
Ada yang datang dari Head Office (PJXC),
KL Express Centre (KLXC) dan
Port Klang Express Centre (PKXC).


Kak Raihan & Siti dari KLXC. 
Kak Suhana & Kak Suhaila. 
(Gambar sebelum ni terpaksa dikeluarkan. 
Sebab ada di antara rakan yang belum menutup aurat, 
Alhamdulillah telah pun menutup aurat sepenuhnya).

Orang kuat yang menjayakan majlis
semestinya CEO, En. Ali.
Tapi tak ada pula gambar dia.
Kak Suhana dan Kak Siti pun 
orang kuat yang melancarkan majlis.


Tak lupa juga my bos, Ina.


Ustaz Nuqman yang lead bacaan Yasin dan tahlil.


Makanan nasi tomato dan buah epal.
Minuman air bandung special air tangan CEO sendiri. 
Bagi staff baru rasa pelik dan rasa bersalah kenapa 
pula En. Ali yang bancuh air. 
Tapi bagi kami yang dah lama kerja di sini, paham sangat. Tiap-tiap tahun memang En. Ali sendiri yang nak bancuh air.
Kami cuma sediakan bahannya sahaja.
  
  

Ucapan terima kasih kepada staff yang hadir
terutama staff KLXC dan PKXC yang datang
dari jauh. 

Majlis ini adalah majlis tahunan yang selalu mendapat
sambutan hambar. Inilah segelintir dari 400 pekerja
yang sudi datang!